Thursday, October 12, 2023

Penanaman Rumput Gajah

 

Rumput gajah (nama ilmiah: Cenchrus purpureus) adalah rumput berukuran besar bernutrisi tinggi yang biasanya dipakai sebagai pakan ternak seperti sapi, kambing, gajah, dll. Rumput gajah banyak dibudidayakan di Afrika karena ketahanannya terhadap cuaca panas. Dalam bahasa Inggris dikenal sebagai elephant grass, naper grass, atau Uganda grass.


Karakteristik

Karakteristik morfologi rumput gajah adalah tumbuh tegak lurus, merumpun lebat, tinggi tanaman dapat mencapai 7 meter, berbatang tebal dan keras, daun panjang, dan berbunga seperti es lilin. Kandungan zat gizi rumput gajah terdiri dari 19,9% bahan kering; 18,2 % protein kasar; 1,6% lemak; 34%,2 serat kasar; 11,7% abu; dan 42,3% bahan esktrak tanpa nitrogen.

Rumput gajah tumbuh subur di permukaan tanah dengan ketinggian 2000 meter di atas permukaan laut.


Varietas

Rumput gajah mempunyai beberapa varietas, antara lain varietas Afrika dan Hawai.

Varietas Afrika ditandai dengan batang dan daun kecil, tumbuh tegak, berbunga, dan produksi lebih rendah dari varietas Hawai.

Varietas Hawai ditandai dengan batang dan daun lebar, pertumbuhan rumpun sedikit menyamping, produksi lebih tinggi, juga berbunga.


Produksi

Panen pertama rumput gajah dilakukan pada umur 90 hari pasca-tanam. Panen selanjutnya 40 hari sekali pada musim hujan dan 60 hari sekali pada musim kemarau. Tinggi pemotongan dari permukaan tanah kira-kira 10–15 cm. Produksi hijauan rumput gajah antara 100-200 ton rumput segar per hektar per tahun. Peremajaan tanaman tua dilakukan setelah 4-6 tahun untuk diganti dengan tanaman yang baru.

Penanaman rumput gajah dapat dilakukan secara tumpang sari dengan tanaman lain, misalnya ketela pohon atau jagung. Tanaman ini berfungsi untuk mengurangi terpaan hembusan angin yang merobohkan tanaman lain. Penanaman rumput gajah dapat dilakukan di ladang, guludan, dan pematang sawah. Laju pertumbuhan tanaman rumput gajah relatif cepat karena memiliki respons tinggi terhadap tanah yang subur. Bila dirawat dengan baik dan dilakukan pemotongan secara berkala maka pertumbuhannya cepat.

Penanaman Rumput Gajah sangat mudah, hanya dengan menanam batangnya dengan sudut tanam 45 derajat dengan panjang tiga sampai lima ruas. Setiap ruas akan muncul daun baru. Selain itu, tanaman ini juga cepat menyebar ke samping menjadi rumpun.


Manfaat

Rumput Gajah banyak dibudidayakan untuk keperluan makanan ternak. Untuk penggemukan sapi, kebutuhan minimal berkisar 1,5-0,8 bahan kering dari bobot sapi yang digemukkan. Jadi, seekor sapi yang akan digemukkan berbobot 200 kg akan diberikan rumput gajah segar yang mengandung 21% bahan kering. Dengan demikian, kebutuhan minimal hijauan sapi yang akan digemukkan itu adalah 200x0,5/100x1kg= 1.0 kg bahan kering atau 4,8 kg bentuk segar rumput gajah. Namun, dikarenakan selalu ada bagian yang tidak dimakan (sisa batang), maka pemberian dilebihi 5% dari kebutuhan, jadi kira kira rumput gajah segar yang akan diberikan kepada sapi yang akan digemukkan sebanyak 105/100 x 4,8 kg = 5, 05 kg.

Selain sebagai makanan ternak, rumput gajah dapat dimanfaatkan untuk bahan produksi fiber, penahan erosi tanah, maupun sebagai pagar.



Kambing


Kambing atau kambing bela jinak merupakan satu spesies kambing yang banyak dipelihara sebagai ternakan. Ia telah dibela jinak daripada kambing gurun bezoar (C. aegagrus aegagrus) dari Asia Barat Daya dan Eropah Timur. Kambing dirangkum dalam famili Bovidae bersama spesies lain seumpama biri-biri kerana kedua-duanya tergolong dalam subkeluarga Caprinae. Terdapat lebih 300 baka kambing yang berlainan. Kambing adalah antara spesies yang paling lama dibela jinak, iaitu untuk susu, daging, bulu, dan kulit di seluruh dunia. Pada tahun 2011, bilangan kambing yang hidup di seluruh dunia mencecah 924 juta menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu.


Sejarah

Kambing adalah antara haiwan terawal yang dibela jinak oleh manusia. Analisa genetik paling terkini mengesahkan bukti kaji purba bahawa kambing gurun bezoar dari Banjaran Zagros barangkali adalah asal-usul hampir semua kambing bela jinak masa kini.

Kaum petani Neolitik mula menggembala kambing liar terutamanya untuk mudah memperoleh susu dan daging, di samping juga tinja yang digunakan sebagai bahan api, tulang, bulu dan urat untuk diperbuat pakaian, bangunan dan peralatan. Tinggalan-tinggalan kambing bela jinak terawal yang bertarikh 10,000 tahun dahulu ditemui di Ganj Dareh, Iran. Rangka kambing ditemui di tapak-tapak kaji purba di Jericho, Choga Mami Djeitun dan Çayönü, mentarikhkan pembelajinakan kambing di Asia Barat pada antara 8000 ke 9000 tahun dahulu.

Kajian-kajian terhadap bukti DNA membayangkan 10,000 tahun dahulu sebagai tarikh pembelajinakan.

Menurut sejarah, kulit kambing digunakan sebagai bekas air dan minuman keras dalam perkelanaan serta pengangkutan minuman keras dagangan. Ia juga digunakan untuk membuat kertas kulit.


Anatomi dan kesihatan

Kambing dikira sebagai haiwan ternakan kecil berbanding dengan haiwan-haiwan besar seperti lembu, unta dan kuda, tetapi lebih besar daripada ternakan mikro seperti ayam itik, arnab, tikus belanda dan lebah. Setiap baka kambing yang diiktiraf rasmi mempunyai julat berat badan tertentu dari sebesar 300 paun (136 kg) untuk kambing jantan yang berbaka besar-besar seperti Boer, atau sekecil 45 ke 60 paun (20–27 kg) untuk kambing betina yang kecil-kecil. Dalam setiap baka boleh terdapat variasi saiz yang berpunca daripada kelainan strain atau keturunan. Antara baka-baka terkecil adalah baka mini seperti Pigmi Afrika yang berdiri setinggi 16 ke 23 inci (41.5–58.5 cm) pada paras bahu dewasa.


Anak mata sepet mendatar

Kebanyakan kambing semula jadi tumbuh dua batang tanduk yang pelbagai bentuk dan saiz mengikut bakanya. Kambing tumbuh tanduk melainkan ia "dogol" (polled), iaitu tidak dibolehkan pertumbuhan tanduk disebabkan genetik ataupun tanduk itu ditanggalkan, selalunya sebaik sahaja selepas lahir. Terdapat kejadian kambing poliserat (tumbuh banyak tanduk, sebanyak-banyak lapan batang), namun ini merupakan kenadiran genetik yang difikirkan adalah turun-temurun. Pengguguran tanduk paling sering terjadi dalam kawanan kambing tenusu dagangan untuk mengurangkan kecederaan terhadap manusia dan kambing lain. Tidak seperti lembu, kambing tidak berjaya dibiak baka untuk dogol betul-betul kerana gen-gen yang menentukan jantina berkait rapat dengan yang menentukan tanduk. Cubaan membiak baka dua ekor kambing yang dogol secara menghasilkan sejumlah besar individu interseks yang rata-rata mandul dalam kalangan anak-anak kambing. Tanduk kambing diperbuat daripada tulang hidup yang disalut oleh keratin dan lain-lain protein, digunakan untuk pertahanan, penguasaan, dan perwilayahan.

Kambing merupakan haiwan ruminan yang memiliki perut empat kebuk yang terdiri daripada rumen, retikulum, omasum, dan abomasum. Seperti mamalia ruminan yang lain, kambing merupakan ungulat berjari genap. Kambing betina mempunyai ambing berputing dua, berbanding dengan lembu yang berputing empat.

Anak mata kambing berbentuk sepet dan mendatar. Oleh kerana iris kambing biasanya berwarna pucat, maka anak matanya lebih menonjol berbanding anak mata haiwan lain seperti lembu, rusa, kebanyakan kuda dan biri-biri yang juga beranak mata sepet tetapi berpadu dengan iris dan sklera yang berwarna gelap.


Perbandingan ekor kambing dengan ekor biri-biri

Kedua-dua kambing jantan dan betina tumbuh janggut, malah kebanyakan jenis kambing (terutamanya kambing tenusu, Boer kacukan tenusu dan kambing pigmi) juga mempunyai sepasang gelambir yang berjuntai pada kedua-dua belah leher.

Sesetengah baka kambing mirip biri-biri, tetapi senang dibezakan kerana ekor kambing biasanya kompot dan tercacak, sedangkan ekor biri-biri berjuntai dan biasanya lebih panjang dan besar.


Pembiakan

Kambing mencapai baligh sekitar umur tiga ke 15 bulan, bergantung pada baka dan kesihatannya. Kebanyakan penternak lebih gemar menangguhkan pembiakbakaan hingga kambing betina mencapai 70% berat badan dewasa. Namun demikian, pemisahan ini jarang-jarang boleh dilakukan untuk kawanan ternak lepas yang diurus meluas.

Dalam iklim-iklim sederhana, lebih-lebih lagi dalam baka-baka Swiss, musim pembiakan bermula apabila siang makin menyingkat, hinggalah menjelang musim bunga. Di kawasan khatulistiwa pula, kambing boleh membiak pada bila-bila masa sahaja tanpa menentu musim. Kejayaan pembiakan di kawasan-kawasan khatulistiwa lebih bergantung pada bekalan makanan yang tersedia daripada tempoh siang. Kambing betina tanpa mengira baka atau tempat naik berahi 21 hari sekali selama dua hingga 48 jam. Kambing betina yang berahi biasanya mengibas-ngibas ekor, mendekati kambing jantan jika ada, bersuara lebih lantang, dan mungkin juga menunjukkan kehilangan selera dan kurangnya susu sepanjang tempoh berahi.

Kambing jantan yang subur dari baka-baka Swiss dan utara masuk musim mengawan pada musim luruh seperti kitaran berahi kambing betina. Kambing jantan berbaka khatulistiwa pula mungkin menunjukkan kesuburan ikut musim, tetapi mampu mengawan pada bila-bila masa seperti kambing betina. Musim mengawan kambing bercirikan kehilangan selera serta minat yang ghairah terhadap kambing betina. Kambing jantan yang masuk mengawan akan menunjukkan bibir seringai bergulung serta membuang air kencing ke atas kaki depan dan mukanya. Kelenjar bau sebum di dasar tanduk menguatkan bau kambing jantan, iaitu penting untuk ia menjadi lebih menarik kepada kambing betina. Sesetengah kambing betina enggan berkawan dengan kambing jantan yang dinyah baunya.

Selain pengawanan semula jadi, permanian beradas semakin diminati ramai oleh penternak kambing kerana ia memperluas pilihan darah keturunan dengan lebih mudah.

Tempoh kebuntingan kambing kira-kira 150 hari. Selalunya yang dilahirkan adalah anak kembar dua, tetapi anak tunggal dan anak kembar tiga tidak kurang juga berlaku. Jarang-jarang berlakunya kelahiran anak kembar empat, lima, ataupun enam. Kelahiran anak kambing biasanya berlaku secara senyap. Sebelum melahirkan, si ibu merendahkan badan sekitar bahagian ekor dan pinggul, sambil bernafas termengah-mengah. Ia mungkin beriak wajah rimas, menjadi resah dan mencurah penuh kasih sayang kepada pembelanya. Selepas melahirkan, si ibu biasanya makan uri untuk memperoleh zat-zat yang amat diperlukannya, membantu mehanan pendarahan, dan mengurangkan resapan bau kelahiran untuk pemangsa, serupa dengan kelakuan haiwan maun liar seperti rusa.

Penghasilan susu bermula sewaktu kelahiran anak, berbeza-beza mengikut baka, umur, mutu dan pemakanan si ibu kambing; kambing tenusu umumnya menghasilkan antara 660 ke 1,800 l (1,500–4,000 paun) susu dalam setiap tempoh laktasi 305 hari. Secara purata, seekor kambing tenusu yang bermutu baik akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 6 paun (2.7 liter) susu sehari selagi bersusu. Pengeluar susu kali pertama mungkin menghasilkan sebanyak 16 paun (7.3 liter) susu ke bawah, ataupun lebih banyak daripada itu dalam kes-kes yang luar biasa. Selepas laktasi, kambing betina "kekeringan" biasanya selepas membiak. Kadang-kadang kambing yang tidak membiak dan diperah susu tanpa henti akan kekal dalam laktasi melebihi 305 hari yang kebiasaan. Baka-baka pedaging, serat, dan belaan biasanya tidak diperah susu dan sekadar menghasilkan susu yang cukup untuk anak hinggalah cerai susu.

Laktasi jantan juga diketahui berlaku dalam kalangan kambing.


Pemakanan

Kambing dikenali sanggup makan apa-apa sahaja, termasuk tin dan kadbod. Walaupun sebenarnya tidak makan bahan-bahan yang tidak boleh dimakan, namun ianya haiwan perenggut, tidak seperti lembu dan biri-biri yang meragut, malah (dengan sifat yang amat suka ambil tahunya) boleh mengunyah dan merasai apa-apa sahaja yang sedikit pun menyerupai jirim tumbuhan untuk menentukan sama ada ia sedap dimakan, termasuklah kadbod, pakaian dan kertas (seperti label tin).

Selain mencuba-cuba pelbagai bahan, kambing agak teliti dengan apa yang sebenarnya dimakannya. Kambing lebih gemar merenggut hujung-hujung pokok berkayu dan juga adakalanya tumbuhan berdaun lebar. Apapun, boleh diperkatakan bahawa pemakanan tumbuhan kambing amatlah pelbagai, termasuklah sesetengah spesies yang beracun untuk haiwan lain. Kambing jarang memakan makanan kotor atau meminum air tercemar melainkan kebuluran. Inilah salah satu sebab penternakan kambing paling selalu dilakukan secara ternak lepas kerana penternakan kambing secara ternak kurung melibatkan penyelenggaraan yang banyak dan jarang berdaya komersil.

Kambing lebih gemar merenggut pokok menjalar seperti kacang hijau hutan, pokok renek dan rumpai, daripada makan rumput, iaitu lebih bersifat seakan rusa berbanding biri-biri. Tumbuhan terung-terungan beracun; daun pokok buah yang layu juga boleh membunuh kambing. Silaj (batang jagung kering) dan hailaj (rumput kering tapai) boleh digunakan jika dimakan segera selepas pelepasan - kambing alah sekali kepada bakteria Listeria yang tumbuh dalam pakan tapai. Alfalfa yang kaya dengan protein sering diberikan makan dalam bentuk rumput kering; feskiu adalah rumput kering yang paling kurang sedap dimakan dan paling kurang berzat. Kulapuk dalam pakan kambing boleh menyebabkan kambing jatuh sakit ataupun maut. Kambing tidak harus diberi makan rumput yang bertanda-tanda kulapuk.

Fisiologi pencernaan anak kambing yang masih bayi (seperti anak haiwan ruminan lain) pokoknya sama seperti haiwan monogastrik (berperut satu). Pencernaan susu bermula di abomasum, yang mana susu telah melepasi rumen melalui penutupan alur retikulum-esofagus ketika bersusu. Ketika lahir, rumennya belum selesai tumbuh, tetapi apabila anak kambing mula makan makanan pejal, maka rumen itu segera semakin besar dan mampu untuk menyerap zat.

Saiz dewasa seseekor kambing adalah hasil daripada baka (potensi genetik) dan pemakanannya sewaktu tumbesaran (potensi nutrisi). Seperti semua ternakan, pertambahan pemakanan protein (10 ke 14%) serta jumlah kalori yang mencukupi ketika usia prabaligh mendatangkan kadar tumbesaran yang lebih tinggi dan saiz dewasa yang lebih besar daripada kadar protein rendah dan kalori terhad. Kambing bertubuh besar dengan rangka yang lebih gedang mencapai berat badan matang pada umur yang lebih lewat reach (36 ke 42 bulan) daripada kambing bertubuh kecil (18 ke 24 bulan) jika kedua-duanya diberi makan secukup-cukup potensi. Kambing bertubuh besar memerlukan lebih banyak kalori daripada kambing bertubuh kecil untuk menjaga fungsi badan seharian.


Kelakuan

Kambing teramat sangat cerdas dan suka ambil tahu. Ia juga amat terkoordinasi dan dikenali ramai kerana kebolehannya untuk memanjat dan mengimbangkan badan di tempat-tempat yang berbahaya sekali. Oleh itu, kambing adalah satu-satunya ruminan yang mampu memanjat pokok, walaupun pokok itu seharusnya cukup condong untuk dicapai. Disebabkan ketangkasan dan sifat ingin tahu ini, kambing digeruni kerana bolos dari kandang dengan menaiki pagar dan kurungan secara sengaja mahupun semata-mata kerana senang dipanjat. Jika pagar kambing dihamparkan, dilanggar, ataupun diatasi dengan apa jua cara, maka kambing sudah hampir tentu akan melarikan diri. Disebabkan kecerdasan tingginya, sebaik saja menemui kelemahan kurungan, seseekor kambing akan memanfaatkannya berulang-ulang, dan kambing-kambing lain akan memerhatikan dan cepat mempelajari cara yang sama itu.

Dengan sifat cerdas dan suka ingin tahu tersebut, kambing menduga apa-apa sahaja yang baru atau asing dalam persekitarannya, terutamanya dengan menyentuh dengan bibir atas dan lidahnya yang mencengkam. Oleh sebab itulah kambing menduga benda-benda seperti butang, pakaian dan sebagainya dengan menggigit ataupun memakan.

Kambing yang diurus secara berkawanan kurang cenderung untuk berkumpul berbanding biri-biri, malah jika meragut tanpa diganggu, kawanan kambing cenderung berpecah-belah ke serata padang atau lapangan daripada makan sebelah-menyebelah seperti biri-biri. Kambing yang menyusu membiarkan anaknya berjalan bebas daripada berapat-rapat seperti biri-biri. Kambing biasanya berpaling dan menghadap penceroboh, dan kambing jantan lebih berkemungkinan untuk menyerang atau menanduk manusia berbanding biri-biri jantan.


Penyakit

Biarpun dianggap sebagai haiwan yang tahan lasak dan kurang memerlukan jagaan kesihatan dalam kebanyakan situasi, namun kambing tetap terdedah kepada penyakit. Kambing sering menghidap keadaan-keadaan seperti pneumonia, kaki reput, parasit dalaman, keracunan bunting dan keracunan makanan.

Kambing boleh dijangkiti pelbagai penyakit virus mahupun bakteria seperti penyakit kaki dan mulut, ensefalitis artritis kambing, limfadenitis kaseus, mata kalas, mastitis, dan pseudorabies. Kambing boleh menyebarkan beberapa penyakit zoonotik kepada manusia seperti tuberkulosis, bruselosis, demam Q, dan rabies.


Jangka hayat

Jangka hayat kambing adalah antara 15 ke 18 tahun. Pernah dilaporkannya satu contoh kambing yang mencapai umur 24 tahun.

Jangka hayat ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, contohnya jangka hayat kambing betina mungkin disingkatkan kepada 10 ke 11 tahun oleh masalah ketika beranak, dan jangka hayat kambing jantan boleh dipotong hingga lapan ke 10 tahun dengan naik berahi.


Penternakan

Penternakan kambing meluas di seluruh kawasan Norte Chico di Chile. Penternakan kambing intensif di tanah kering boleh menyebabkan hakisan tanah yang parah dan penggurunan.

Kambing yang hidup mahupun yang mati berguna kepada manusia, terutama sekali sebagai pembekal susu, tinja, gentian, daging dan kulit. Sesetengah badan amal membekalkan kambing kepada golongan miskin di negara-negara miskin kerana kambing lebih mudah dan murah untuk diuruskan daripada lembu, malah pelbagai kegunaannya. Selain itu, kambing digunakan untuk memandu kereta dan mengangkat barang.

Usus kambing digunakan untuk membuat "katgut" yang masih digunakan sebagai bahan untuk membuat jahitan pembedahan dalaman manusia dan tali-tali untuk alat muzik bertali. Tanduk kambing yang melambangkan kemewahan dan kesejahteraan (kornukopia) juga digunakan untuk membuat sudu.


Perangkaan populasi kambing sedunia

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), pengeluar-pengeluar susu kambing segar terbanyak pada tahun 2012 adalah India (4.85 juta tan metrik), Bangladesh (2.608 juta tan metrik) dan Sudan (1.532 juta tan metrik).


Amalan penternakan

Amalan penternakan kambing berbeza-beza mengikut tempat dan budaya. Jenis kandang yang digunakan untuk kambing bukan sahaja bersandarkan tujuan penggunaan kambing, bahkan juga persekitaran penternakannya. Mengikut sejarah, kambing ternak biasanya diternak dalam kawanan yang merayau-rayau di bukit atau tempat merenggut yang sebagainya dengan bimbingan gembala yang berusia kanak-kanak hingga remaja. Kaedah penggembalaan ini masih digunakan masa kini.

Di sesetengah negara, terutamanya di Eropah dan Amerika Utara, kambing tenusu dan pedaging dibezakan mengikut baka. Anak kambing jantan tenusu lebihan biasanya disembelih untuk daging. Kedua-dua jantina pedaging boleh disembelih untuk daging, di samping kambing tua sebarang baka. Daging kambing jantan tua (lebih setahun) umumnya dikira tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia. Kambing jantan boleh dikasi muda-muda untuk mencegah pengeluaran bau hamis.

Kambing merupakan ternakan penting untuk penternak kecil-kecilan di kebanyakan negara, seperti wanita Burkina Faso ini.

Kambing tenusu biasanya dibawa untuk merenggut di padang ragut pada cuaca baik (cth. musim panas atau tengkujuh, apabila tumbuhan subur) dan dikandangkan pada cuaca kurang baik (musim sejuk atau kemarau berlarutan, apabila tumbuhan tidak subur). Kambing tenusu diperah hari-hari, maka ia dijaga dekat dengan bangsal perah susu. Renggutan kambing biasanya dilengkapi dengan rumput kering dan konsentrat. Kandang kambing boleh berbentuk petak-petak berasingan seperti kuda atau satu petak untuk kawanan.

Kambing pedaging pula dibawa untuk merenggut sepanjang tahun asalkan bekalan tumbuhan subur, malah boleh dibela jauh dari bangsal. Kambing gentian seperti Angora juga diternak dalam padang ragut atau secara lepas. Begitu juga dengan kambing tenusu, kambing-kambing pedaging dan gentian ditambah pemakanan dengan rumput kering dan konsentrat terutamanya pada cuaca buruk.

Di India, Nepal, dan sebahagian besar Asia, kambing diternak rata-rata untuk pengeluaran susu untuk kegunaan rumah mahupun perdagangan. Kambing di kawasan ini boleh dibela dalam rumah atau dibiarkan bebas mencari makanan. Kambing Salem Black digembala untuk merenggut di padang dan di tepi jalan pada waktu siang, tetapi disimpan dalam kandang pada waktu malam demi keselamatan.

Di Afrika dan Timur Tengah, kambing biasanya digembala secara berkawan gaul bersama biri-biri. Ini memaksimumkan pengeluaran seekar kerana kambing dan biri-biri berbeza tumbuhan makanan. Pelbagai kaedah penternakan kambing diamalkan di Habsyah misalnya, di mana empat kaedah utama dikenal pasti iaitu: dibawa merenggut dalam sistem tanaman tahunan, sistem tahunan malar, bersama lembu, dan di kawasan gersang dalam sistem penggembalaan nomad. Walaupun demikian, dalam keempat-empat sistem, kambing biasanya diternak dalam sistem yang meluas dengan sedikit pembelian.

Di Nigeria, kambing dibela di rumah. Walaupun kebanyakan kambing dibenarkan untuk berkeliaran di rumah ladang atau kampung, tetapi ada juga yang disimpan dan diberi makan dalam kandang dalam sistem cut-and-carry. Penternakan begini juga diamalkan di beberapa tempat di Amerika Latin. Cut-and-carry, iaitu amalan memungut rumput, jagung atau buluh untuk diberi makan daripada membenarkan kambing itu untuk berkeliaran di atas padang, adalah sesuai untuk sesetengah tanaman seperti jagung atau buluh yang senang diinjak-injak sampai musnah oleh kambing.

Kambing peliharaan terdapat di serata dunia yang mana rumah tangga membela kambing semata-mata sebagai kesayangan daripada kegunaan, lebih-lebih lagi di Amerika Utara dan Eropah di mana kambing semakin banyak dibela sebagai peliharaan sahaja.


Daging

Rasa daging kambing dan anak kambing serupa dengan daging biri-biri; Bagaimanapun, ada yang menyamakan rasa daging kambing dengan daging anak lembu atau rusa, bergantung pada umur dan kesihatan kambingnya. Rasanya dikaitkan terutamanya dengan kehadiran asid 4-metiloktanoik dan 4-metilnonanoik. Daging kambing boleh disiapkan dengan pelbagai cara, termasuk direndidih, dibakar, digril, dibarbeku, ditin, dan digoreng. Daging kambing boleh dikisar, dimasak kari, atau dibuat jadi sosej. Oleh sebab kandungan lemak yang rendah, daging kambing boleh mengeras pada suhu tinggi jika dimasak tanpa kelembapan tambahan. Antara baka kambing pedaging terlaris adalah Boer dari Afrika Selatan. Kambing Kiko dari New Zealand juga adalah kambing pedaging, begitu juga baka "kambing pengsan" yang berasal dari Tennessee, Amerika Syarikat.


Susu dan hasil tenusu

Kambing menyumbang kepada kira-kira 2% bekalan susu tahunan sedunia.[36] Sesetengah kambing diternak khusus untuk susunya. Jika kambing jantan yang berbau kuat tidak diasingkan daripada kambing betina, maka baunya akan menjejaskan susu.

Susu kambing sejadi mempunyai globul-globul lemak yang kecil dan teremulsi dengan baik, iaitu krimnya kekal terampai dalam susu daripada timbul ke atas seperti mana susu lembu mentah. Oleh itu, susu kambing tidak perlu dihomogenkan. Sesungguhnya jika susu itu digunakan untuk membuat keju, maka penghomogenan itu tidak digalakkan kerana itu mengubah struktur susu hingga menjejaskan kebolehan kulturnya untuk menggumpalkan susu dan akhirnya hasil dan mutu keju.

Kambing tenusu di kemuncak umurnya (biasanya sekitar kitaran laktasi ketiga atau keempat) menghasilkan purata sebanyak 6–8 paun (2.7–3.6 kg) susu sehari sepanjang laktasi 10 bulan; paling lebih sejurus selepas menyegar dan beransur-ansur kurang menjelang tamat laktasi. Susu kambing biasanya mengandungi purata 3.5% lemak mentega.

Susu kambing umumnya diproses menjadi keju, mentega, aiskrim, yogurt, dan sebagainya. Keju susu kambing digelar chèvre di Perancis sempena nama kambing dalam bahasa Perancis. Antara jenis kejunya termasuk Rocamadour dan Montrachet. Mentega susu kambing berwarna putih kerana kambing menghasilkan susu dengan beta-karotena kuningnya ditukar menjadi suatu bentuk vitamin A yang berwarna tawar.


Khasiat

Sesetengah orang menggunakan susu kambing untuk menyusui anak sebagai ganti untuk susu manusia atau susu lembu. Sebuah buku terbitan 1970 mengenai penternakan berhujah bahawa susu kambing berbeza dengan susu manusia mahupun susu lembu kerana lebih senang dihadam, berbeza kealkaliannya, serta memiliki nilai-nilai terapeutik tertentu dalam perubatan dan nutrisi manusia. George Mateljan berhujah bahawa susu kambing boleh menggantikan susu lembu atau susu biri-biri dalam pemakanan bagi mereka yang alah kepada susu sesetengah haiwan tertentu. Bagaimanapun, seperti dengan susu lembu, susu kambing mengandungi laktosa (gula) dan boleh menyebabkan masalah gastrousus bagi mereka yang tidak tahan laktosa. Sebenarnya, kandungan laktosa sama banyaknya dengan susu lembu.

Akademi Pediatrik Amerika tidak menggalakkan penyusuan bayi dengan susu kambing. Sebuah laporan kes April 2010 merumuskan saranannya dan membentangkan "kajian menyeluruh tentang akibat-akibat yang didatangkan dengan amalan berbahaya ini"; tambahnya, "Ramai bayi yang hanya disusui dengan susu kambing disebabkan kepercayaan budaya serta terdedah kepada maklumat palsu dalam talian. Laporan-laporan anekdot telah menghuraikan pelbagai morbiditi yang dikaitkan dengan amalan tersebut, termasuklah keabnormalan elektrolit yang parah, asidosis metabolik, anemia megaloblastik, tindak-tindak balas alergi termasuk kejutan anafilaksis yang mengancam nyawa, sindrom uremia hemolisis, dan jangkitan-jangkitan." Bruselosis kaprin (kambing) yang tidak dirawat mengakibatkan kadar kematian 2% kes. Menurut USDA, susu kambing tidak sesuai untuk bayi manusia kerana ia mengandungi "kuantiti besi, folat, vitamin C dan D, tiamina, niasin, vitamin B6, dan asid pantotenik yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan zat bayi", malah boleh memudaratkan buah pinggang bayi serta menyebabkan kerosakan metabolisme.

Jabatan Kesihatan United Kingdom telah berulang kali mengeluarkan kenyataan dari masa ke semasa bahawa "Susu kambing tidak sesuai untuk bayi, malah rumusan bayi dan rumusan susuan yang berasaskan protein susu kambing tidak pernah diluluskan untuk digunakan di Eropah", bahkan "susu bayi yang berasaskan protein susu kambing tidak sesuai sebagai sumber zat untuk bayi."


Kandungan asas pelbagai susu (nilai min per 100g)

Juzuk             Kambing     Lembu     Manusia

Lemak (g)     3.8                 3.6         4.0

Protein (g)     3.5                 3.3         1.2

Laktosa (g)     4.1                 4.6         6.9

Abu (g)          0.8                 0.7         0.2

Jumlah pepejal (g) 12.2     12.3        12.3

Kalori                70                 69               68


Susu Kambing Dan Kelebihannya


Susu Kambing: Sejarah, Anatomi Saintifik dan Kebaikan untuk Kesihatan


Pengenalan

Susu kambing merupakan antara sumber makanan semula jadi yang telah digunakan oleh manusia sejak ribuan tahun dahulu. Sebelum kewujudan industri tenusu moden, susu kambing menjadi sumber nutrisi utama bagi banyak masyarakat di kawasan Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah. Sehingga hari ini, susu kambing masih dianggap sebagai minuman berkhasiat yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Dalam dunia moden, minat terhadap susu kambing semakin meningkat kerana kandungan nutriennya yang unik, mudah dihadam serta potensinya dalam menyokong kesihatan manusia. Selain digunakan sebagai minuman, susu kambing juga menjadi bahan asas dalam penghasilan keju, yogurt, mentega dan pelbagai produk makanan kesihatan.


Sejarah Susu Kambing

Kambing merupakan antara haiwan ternakan pertama yang dijinakkan oleh manusia. Kajian arkeologi menunjukkan bahawa kambing mula diternak sekitar 10,000 tahun lalu di kawasan yang kini dikenali sebagai Timur Tengah.

Masyarakat purba mendapati bahawa kambing mudah dipelihara, tahan terhadap cuaca yang pelbagai dan mampu menghasilkan susu secara konsisten. Oleh sebab itu, susu kambing menjadi makanan penting dalam kehidupan harian mereka.

Dalam tamadun Mesir Purba, Yunani dan Rom, susu kambing digunakan sebagai makanan harian dan juga sebagai sebahagian daripada amalan perubatan tradisional. Ahli falsafah dan doktor Yunani terkenal seperti Hippocrates pernah menyebut tentang penggunaan susu kambing dalam rawatan pelbagai penyakit.

Di Asia pula, masyarakat tradisional menggunakan susu kambing sebagai minuman untuk meningkatkan tenaga, membantu pemulihan selepas sakit dan menyokong tumbesaran kanak-kanak.


Anatomi Saintifik Susu Kambing

Dari sudut saintifik, susu kambing merupakan emulsi semula jadi yang terdiri daripada air, protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral dan pelbagai sebatian bioaktif.

Secara purata, komposisi susu kambing adalah seperti berikut:

KomponenKandungan Purata
Air86% – 88%
Lemak3% – 6%
Protein3% – 4%
Laktosa4% – 5%
Mineral0.7% – 0.9%


Struktur Lemak Susu Kambing

Salah satu ciri paling unik susu kambing ialah saiz globul lemaknya yang lebih kecil berbanding susu lembu.

Globul lemak yang kecil ini:

  • Lebih mudah dipecahkan oleh enzim pencernaan.
  • Membantu proses penyerapan nutrien.
  • Mengurangkan beban sistem penghadaman.

Selain itu, susu kambing mengandungi lebih banyak asid lemak rantai sederhana (Medium Chain Fatty Acids atau MCFA) seperti:

  • Asid kaproik
  • Asid kaprilik
  • Asid kaprik

Asid lemak ini mudah ditukar kepada tenaga oleh badan tanpa perlu melalui proses metabolisme yang kompleks.


Protein dalam Susu Kambing

Protein utama dalam susu kambing terdiri daripada:

  • Kasein
  • Whey protein

Kandungan alpha-S1 kasein dalam susu kambing biasanya lebih rendah berbanding susu lembu.

Ini menyebabkan:

  • Dadih yang terbentuk dalam perut lebih lembut.
  • Lebih mudah dihadam.
  • Kurang menyebabkan ketidakselesaan pada sesetengah individu.

Namun, individu yang mempunyai alahan sebenar terhadap protein susu masih perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil susu kambing.


Vitamin dan Mineral

Susu kambing kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting seperti:

Vitamin

  • Vitamin A
  • Vitamin B2 (Riboflavin)
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12
  • Vitamin D
  • Vitamin K

Mineral

  • Kalsium
  • Fosforus
  • Magnesium
  • Kalium
  • Zink
  • Selenium

Mineral-mineral ini memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang, fungsi otot, sistem imun dan kesihatan saraf.


Kebaikan Susu Kambing dari Sudut Pemakanan

1. Menyokong Kesihatan Tulang

Kandungan kalsium dan fosforus yang tinggi membantu:

  • Menguatkan tulang.
  • Menyokong pertumbuhan kanak-kanak.
  • Mengurangkan risiko osteoporosis apabila diambil sebagai sebahagian diet seimbang.

2. Mudah Dihadam

Saiz globul lemak yang kecil dan struktur protein yang berbeza menjadikan susu kambing lebih mudah dihadam berbanding sesetengah jenis susu lain.

Ramai pengguna melaporkan:

  • Kurang rasa kembung.
  • Kurang ketidakselesaan perut.
  • Penghadaman yang lebih baik.

3. Sumber Protein Berkualiti Tinggi

Protein dalam susu kambing mengandungi asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh untuk:

  • Membina otot.
  • Memperbaiki tisu badan.
  • Menghasilkan hormon dan enzim.

4. Membekalkan Tenaga

Asid lemak rantai sederhana dalam susu kambing boleh digunakan dengan cepat oleh badan sebagai sumber tenaga.

Ini menjadikan susu kambing popular dalam kalangan:

  • Atlet.
  • Individu aktif.
  • Warga emas.

5. Menyokong Sistem Imun

Susu kambing mengandungi:

  • Selenium
  • Zink
  • Vitamin A

Nutrien ini membantu fungsi normal sistem pertahanan badan.


Kebaikan Susu Kambing dari Perspektif Perubatan Moden

Kajian saintifik moden telah mengenal pasti beberapa potensi manfaat susu kambing.

Kesihatan Usus

Susu kambing mengandungi oligosakarida semula jadi yang menyerupai sebahagian komponen dalam susu ibu.

Sebatian ini boleh membantu:

  • Menyokong bakteria baik dalam usus.
  • Mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus.
  • Menyokong kesihatan sistem pencernaan.

Penyerapan Mineral yang Lebih Baik

Beberapa kajian menunjukkan susu kambing mungkin membantu meningkatkan penyerapan:

  • Kalsium
  • Zat besi
  • Magnesium

Penyerapan nutrien yang baik penting untuk kesihatan keseluruhan badan.

Potensi Anti-Radang

Sesetengah komponen bioaktif dalam susu kambing sedang dikaji kerana berpotensi mempunyai kesan anti-radang.

Walau bagaimanapun, penyelidikan masih berterusan dan susu kambing tidak boleh dianggap sebagai rawatan perubatan bagi penyakit tertentu.

Kesihatan Kardiovaskular

Asid lemak tertentu dalam susu kambing dipercayai membantu menyokong profil lipid yang sihat apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Namun manfaat ini bergantung kepada keseluruhan gaya hidup dan pemakanan seseorang.


Susu Kambing dalam Perubatan Tradisional

Dalam pelbagai budaya, susu kambing telah digunakan secara tradisional untuk:

Pemulihan Selepas Sakit

Masyarakat dahulu percaya susu kambing dapat membantu:

  • Mengembalikan tenaga.
  • Meningkatkan selera makan.
  • Menyokong proses pemulihan badan.

Kesihatan Pernafasan

Dalam beberapa amalan tradisional, susu kambing dicampurkan dengan madu untuk membantu melegakan tekak dan meningkatkan keselesaan semasa mengalami masalah pernafasan ringan.

Kesihatan Kulit

Susu kambing turut digunakan dalam mandian tradisional dan produk penjagaan kulit kerana kandungan:

  • Asid laktik
  • Lemak semula jadi
  • Vitamin A

Komponen ini membantu mengekalkan kelembapan kulit.


Siapa yang Sesuai Mengambil Susu Kambing?

Susu kambing boleh menjadi pilihan bagi:

  • Kanak-kanak yang telah mencapai umur sesuai untuk mengambil susu selain susu ibu.
  • Orang dewasa.
  • Warga emas.
  • Individu aktif.
  • Mereka yang ingin mempelbagaikan sumber nutrisi harian.

Namun, individu yang mempunyai:

  • Alahan protein susu.
  • Penyakit buah pinggang tertentu.
  • Keadaan kesihatan khas yang memerlukan kawalan diet.

perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar diet terlebih dahulu.


Mitos dan Fakta Mengenai Susu Kambing

Mitos: Susu kambing boleh menyembuhkan semua penyakit.

Fakta: Tiada bukti saintifik bahawa susu kambing boleh menyembuhkan semua penyakit. Ia merupakan makanan berkhasiat, bukannya ubat.

Mitos: Semua orang yang tidak boleh minum susu lembu boleh minum susu kambing.

Fakta: Sesetengah individu yang alah kepada protein susu lembu juga boleh mengalami reaksi terhadap susu kambing.

Mitos: Susu kambing tidak mengandungi laktosa.

Fakta: Susu kambing tetap mengandungi laktosa, walaupun ada sesetengah individu mendapati ia lebih mudah dihadam.


Kesimpulan

Susu kambing merupakan minuman semula jadi yang kaya dengan protein, kalsium, vitamin dan mineral penting. Sejarah penggunaannya yang panjang menunjukkan bahawa ia telah menjadi sumber nutrisi penting kepada manusia sejak ribuan tahun lalu. Dari perspektif saintifik, susu kambing mempunyai struktur lemak dan protein yang unik, menjadikannya lebih mudah dihadam bagi sesetengah individu.

Walaupun pelbagai kajian menunjukkan manfaat terhadap kesihatan tulang, sistem penghadaman dan pemakanan umum, susu kambing bukanlah pengganti rawatan perubatan moden. Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada diet yang seimbang dan gaya hidup sihat untuk membantu mengekalkan kesihatan serta kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.

Penternakan Kambing di Colla Cattle Farm Kuala Selangor: Model Penternakan Ruminan Komersial Moden di Malaysia

  Industri penternakan kambing di Malaysia terus berkembang seiring dengan peningkatan permintaan terhadap daging kambing, kambing hidup unt...